Nov 15, 2012

post baru untuk tahun baru ;)

assalamualaikum! hai! lama i tak update blog. hari ni tetiba je rasa nak update. tergerak hati nak update lepas tengok 'istabul aku datang!' semalam. citer tu best! seriously kalau korang pegi tgk tak rugi. sweet friend i pun admit citer tu best. sempoi sempoi je. lisa surihani comel sangat.

oopppss..tersebut pulak sweet friend tadi. for information korang, i dah ada sweet friend sekarang. hihi *yeayy* *segan* walaupun i dengan sweet friend i baru jerrrr...tak sampai setahun lagi, so far our relationship syoklah.maybe korang kata 'ala...baru lagi, mesti lah manis manis lagi'. kan kan? kalau korang nak tau, even baru baru lagi pun ada jugak berentap! emm..biasalah kalau dah nama declare 'special' tuh, ada je punca nak  jadi gaduh. padahal time member lantak kaulah. sikit pun aku tak kisah. haa..macam tu lah lebih kurang. hehehe.

okay, tak boleh citer banyak banyak. nanti i update lagi. bye. XOXO

Jan 20, 2012

simple ways to release your stress

how to release your stress? try this! ;)


Minum tea- Dengan meminum tea adalah cara terbaik untuk merelakskan diri dan mengurangkan stress. tea juga mampu untuk mempengaruhi masalah kesihatan yang menyebabkan imunisasi menjadi lemah ataupun masalah perut buncit.



mbik udara segar - stop! stop pikir! stop buat kerja yang boleh kasi  stress pada diri buat sementara waktu. keluar mendapatkan udara segar dan  pemandangan yang indah. berjalan jalan di taman yang banyak terdapat tumbuhan hijau. ini jugak salah satu terapi yang boleh membantu mengurangkan stress.
                                                     
bershopping! -  selalunya perempuan suka amalan bershopping. walaupun terpaksa mengeluar kan RM tapi stress boleh berkurangan. just masa bershopping kena beringat jangan terlebih budget takut nanti jadi terlebih stress pulak. 

ketawa - dengan cara ketawa pun boleh hilangkan stress jugak. cari lah komik, citer kelakar, member kelakar yang boleh kasi korang ketawa. biler ketawa, masalah yang korang hadapi on the spot hilang.tapi jangan gelak sampai tak sedar diri pulak sampai hilang keayuan kehenseman korang dah le.
handsome nye! mintak cium sikit ;)
cuci mata - hehe! cara cuci mata ni tak bape elok sangat. tapi salah satu terapi jugak yang boleh hilang kan stress. kalau perempuan cara cuci mata dengan tengok lelaki hensem. haha! tak pun tengok muka lelaki yang korang minat atau suka. confirm stress boleh hilang sikit.
                                                                        
              
macam tu lah serba sikit yang boleh share utk kurangkan dan hilangkan stress. ada yang aku suka suka letak ada yang aku cari kat tenet. mana yang korang rasa sesuai dengan diri korang, try lah. ;). btw, im really apologise to certain person yang telah menjadi mangsa lepasan stress. tak de niat pun. sorry sangat! hopefully, ill never do the same thing again. nasib baik dia okay. aku mintak maaf dia tak marah aku balik. thanks sis! ;)

Jan 19, 2012

RAHSIA DI SEBALIK WAJAH ANDA? ;)

nak tahu rahsia di sebalik bentuk kepala muka korang? ni nak share sikit info dengan semua.


Rahsia Bentuk Wajah

BUJUR SIRIH....
Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong..
Keperibadiannya:-
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego... 

BULAT....
Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam..
Keperibadiannya:-
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati... 

BERSEGI...
Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi...
Keperibadiannya:-
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A...

SEGI TIGA...
Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain...
Keperibadiannya:-
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

tak sure sejauh mana kebenarannye. tapi yang pasti mesti ada terkena sikit sikit kan even bukan 100%.  bentuk wajah bulat tu di highlight kan sebab kepala aku macam tu. hehe. special sikit :D.kebenaran dengan statement tu..aku rasa yang  buat keputusan ikut kata hati. betul lah tu. yang lain tu kena tanya pendapat org yang kenal diri aku. ada sesape nak kasi pendapat? :D
bentuk wajah bujur sirih tu bentuk kepala kakak aku. dari statements tu memang ada kena dgn dia. bijak atur masalah kewangan, ada perancangan hidup dgn jelas dan ego. memang kenalah. 
So, kalau agak agak free tu pergilah mengadap cermin tgk bentuk muka sendiri. then baca maksud tersirat okay ;). 



Jan 9, 2012

hati hati dengan dua perangai ni

HATI HATI DENGAN KAKI BODEK.
tahu tak kaki bodek ni apa? kaki bodek ni orang yang kuat giler mengampu orang yang berpengaruh besar untuk kepentingan diri sendiri. macam hampeh perangai kaki bodek ni a.k.a kaki ampu! giler selfish! hidup korang memang tak senang kalau dekat dengan orang macam ni. jauh-jauh kan lah diri korang.

sebab apa dia membodek?

1) nak cepat naik pangkat?
2) nak kasi bos atau someone nampak kewujudan dia dalam satu komuniti tu?
3) membodek secara tidak sengaja? haa? boleh ke?
4) sengaja mintak kena pulau?
5) suka suka kena kutuk?

haishh..tak tau lah sebab apa sebenarnye. orang yang suka bodek je tau kenapa dorang buat macam tu. yang penting janganlah jadi macam ni. hopefully Allah jauhkan aku dari sikap tak baik ni.

lagi satu, you should beware yourself from someone yang suka gelak kan orang! perangai macam budak budak! korang ingat tak, masa tadika dulu..kalau ada member korang kena marah dengan cikgu, pastu ada budak gelak gelak kan member korang tu? gelak sampai menangis nangis siap ejek ejek lagi. 'padan muka padan muka!' rasa macam nak sepak je kan? korang  jangan pikir time tadika je wujud orang perangai macam tu..dah tua tua ni pun ada.. tapi dah tua ni concept lain sikit. dialog padan muka tu dah tak ada dah. tapi gelak bajet bagus tu still ada. pastu siap pergi bercerita kat orang lain gelak gelak lagi! perangai! hampeh betul! kalau gelak kan orang, tapi awak tu perfect tak pe. ni dia pun tunggang langgang ada hati nak gelakkan orang.

tak boleh blah lagi kalau lelaki buat perangai macam ni. Ya Allah! tak macho langsung! lelaki buat perangai macam ni memang out! out dari pencalonan bakal-bakal suami. memang tak masuk dalam list langsung lah senang citer. muka tak handsome lagi lah out. nak kasi mark kat mana pun tak tahu. kalau handsome tu boleh lah mark kat muka kan, perangai totally out. tapi dah lah tak handsome, perangai hampeh..memanglah kau kena tukar perangai kau cepat cepat. muka memang tak boleh tukar, tapi perangai still boleh ubah. at least, perempuan boleh mark dekat perangai kau.okay, ubah perangai okay? jangan nak gelak gelak orang sangat.




Dec 10, 2011

assalamualaikum~

haiii..lame bebenor teman tak mengupdate blog ni.hari ni tiba tiba rasa nak update sikit.apa gunanya ada blog tapi tak digunakan.betul tak? yee..betol.kita kena mengunakan benda yang ada dengan sebaik mungkin.kalau tak,objektif kegunaan sesuatu benda tu tak tercapai lah kan? its depends to us sama ada nak menggunakan sesuatu barang tu dgn cara yang positif atau negatif. yang penting objektif kegunaan sesuatu barang tu tercapai.

itu baru mukadimah je, sebenarnya nak citer benda lain.okay balik kepada topik asal. apa pandangan korang kalau perempuan ngorat laki? pelik tak aku tanya mcm ni? =D. sebenar benarnye...sebab aku terpengaruh sgt dgn citer korea. =D. al maklum dan yang sedia maklum yang aku ni since sekolah lagi dah giler citer korea, just time study kat PD kureng sikit layan drama korea sebab kat sane aku buat drama korea sendiri. hekhekhek =D.eh,mana adalah..tak buat benda jahat pun..nakal sikit je =P.

berbalik kepada citer korea.em...banyak drama korea yang aku tgk heroin start syok kat hero dulu. contoh mcm citer PRINCESS HOURS. Chae kyeong start syok kat shin. PLAYFUL KISS oh ha ni start tangkap cintan dengan baek sung jo. pastu MY GIRL joo yoo rin start jatuh hati kat gong chan, and ending of the story confirm happily ever after even though awal awal hero jual mahal. 3 watak hero dalam 3 drama korea ni smua ego tahap gaban.dah suka tapi tak nak mengaku saje nak menyeksa jiwa raga perempuan perempuan ni. tapi girl girl ni relax je. plus plus watak oh ha ni yang muka  lagi tebal dari tembok cina.dah banyak kali kena reject dimalukan depan org ramai, dia still nak try baek sung jo dan akhirnyaaa usaha dia berjaya jugak! dapat jugak dia kahwin dengan baek sung jo. bukan stakat kahwin je, baek sung jo siap sayang giler kat dia! itu salah satu contoh kalau kita berusaha insyallah kita akan dapat hasilnya.

dari pemerhatian aku, virus perempuan mengorat laki kat m'sia ni belum meluas lagi. em..kalau follow up dengan drama drama melayu pun, mesti start laki syok perempuan dulu. mungkin dah menjadi adat dan tatasusila org melayu supaya laki yang mula kan dulu.perempuan melayu takut sangat dengan peribahasa 'perigi cari timba'.hehe..pandailah aku cakap.aku pun takut jugak dgn peribahasa ni.seriusly cakap, tak terdaya aku nak buat mcm oh ha ni buat kat baek sung jo.haishh..kalaulah ada perempuan m'sia boleh buat mcm tu memang salute habis!tabiikkk springgg punyeee! =D

ada tak laki melayu macam laki korea?paham paham..soalan aku berbelit belit sikit.maksud aku, laki melayu tapi perwatakan macam hero korea. cool memanjang.time sombong belagak ego pun cool kacak bergaya jugak!ada tak mcm tu kat m'sia ni? act ada. aku pernah jumpa sorang.agak agak perangai macam laki korea yang belagak.tinggi pun lebih kurang laki korea.dalam ramai ramai yang aku kenal,sorang je aku jumpa.okaylah kan dari tak ada langsung.nama pun lelaki melayu.mcm mana pulak nak jadi lelaki korea kan?sebenarnye tgk drama korea ni buat aku rasa mcm hidup dalam dunia aku sendiri.haha!kelakar pun ada.kalau dah tgk drama yang layan habis, memang aku tergelak senyum sorang sorang layan drama tu. pastu mula lah addicted dengan character hero dalam drama tu.lagi, layan jugak OST drama korea.tak tau lah nak cakap, certain drama korea ni boleh buat orang rasa nak alami perkara yang sama macam jalan citer tu.seriuosly!tengoklah penangan drama korea. =|

paragraph ni nak citer benda out of topic sikit.tak de kena mengena dgn korea.tapi still pasal lelaki.biler tgk seorang lelaki still boleh berkawan dgn girl yang dah reject dorang banyak kali aku agak salute jugaklah.plus plus lelaki yang tak paksa girl tu terima dorang.even girl dah tolak dorang banyak kali tapi still maintain contact mcm member.mcm ni lah best! tak de touching touching.kena reject pun relax je. tak delah nak bawak diri,merajuk,tak nak contact.apa salah nye kalau still berkawan kan? apa dapat kalau merajuk? ada ke girl tu nak pujuk? emm..rasa tak kot. baik still jadi member,at least boleh jugak chat dgr suara kan?tapi susah kita nak paham perangai manusia ni.tak semua sama. perempuan pun lebih kurang sama je.act ikut cara masing masing.kalau hati dah terluka, tak do sape buleh bantu.so, kat sini nak cakaplah bahawa lelaki yang still boleh jadi member dgn girl yang dah reject korang tu teruskan lah cara korang tu.ada certain girl boleh terima cara pergaulan korang tu yang penting korang tak terlalu mendesak.perempuan memang tak suka di paksa lagi lagi kena paksa dengan lelaki yang tak ada apa apa relationship dengan dorang.syabas kepada korang yang peragai macm ni =).


ni aku nak share sikit gambar gambar dari drama korea yang aku dok membebel kat atas tadi. konon konon sebagai tirai penutup lah ni. arioss korang! ;)

princess hours    playful kiss    my girl



                                                                
                                                               sweet kan? aigoooo!@_@'






Aug 24, 2011

thanks to nur maizatul a.k.a mye

assalamualaikum! 
entry ni special utk mye dari sara
thanks sangat sebab sudi hantar kad raya
petang tadi, sara check mail box, then ada kad raya utk sara
terkejut jugak. sapelah yang hantar kad raya kat aku pulak ni..
ada jugak orang ingat nak hantar kad lagi..
bukak je, rupanya dari mye! :D
pastu terus sara teringat mye ada ambik address ktorang semua masa dalam kelas hari tu
bila tanya mye cakap nanti nak hantar kad raya :)
rasa terharu nih. yelah, sekarang mana ada lagi orang nak hantar kad raya kan
sara pun wish guna sms dgn fb je..lepas tu dapat kad raya rasa macam spesel lah sikit..hehe
so,sara balas kad raya mye dekat sini je ea?
nak pos pun, posmen nak cuti dah..=D
hopefully, mye suka!






 


 semoga kita akan sentiasa ingat antara satu sama lain. terima kasih :)