Aug 24, 2011

thanks to nur maizatul a.k.a mye

assalamualaikum! 
entry ni special utk mye dari sara
thanks sangat sebab sudi hantar kad raya
petang tadi, sara check mail box, then ada kad raya utk sara
terkejut jugak. sapelah yang hantar kad raya kat aku pulak ni..
ada jugak orang ingat nak hantar kad lagi..
bukak je, rupanya dari mye! :D
pastu terus sara teringat mye ada ambik address ktorang semua masa dalam kelas hari tu
bila tanya mye cakap nanti nak hantar kad raya :)
rasa terharu nih. yelah, sekarang mana ada lagi orang nak hantar kad raya kan
sara pun wish guna sms dgn fb je..lepas tu dapat kad raya rasa macam spesel lah sikit..hehe
so,sara balas kad raya mye dekat sini je ea?
nak pos pun, posmen nak cuti dah..=D
hopefully, mye suka!






 


 semoga kita akan sentiasa ingat antara satu sama lain. terima kasih :)

Aug 18, 2011

good bye Mr good good!

dah pukul 323 pagi dah ni. tapi mata aku tak nak pejam pejam jugak. ni semua salah instant coffee tongkat ali lah ni. gatal sangat pegi try, kan dah tak boleh tidur. nasib baiklah dah penganggur balik. tak kisah lah jugak kalau tidur lambat pun. haaa..citer pasal jadi penganggur balik ni
hehe..segan pun ada, tapi happy aku berganda ganda!
sebab dapat membebaskan diri dari company tuh!
aku rasa macam nak jerit je kat Mr.D
good bye
good bye
gooooodd bye!
seronok seh dah tak kerja kat situ. baru kerja beberapa minggu je, 
tapi aku rasa macam dah tenat giler
sumpah menyakit kan hati.
kalau boleh nak je aku bagi Mr.D tu baca wasiat Imam Syafiee ni
berkenaan etika m'beri nasihat 

"berikanlah aku nasihat dikala aku sdg sndiri, dan jgnlah nasihatiku tika aku di tengah kerumunan org. m'beri nasihat di tengah keramaian, sma ertinya ngan kehinaan.dan aku x sudi m'dgrnya. apbila engkau x sependapat dganku, dan aku tidak mahu patuhi nasihatmu, jgnlah marah." - sumber Ekin Amran
tak kisah lah kau non muslim ke apa ke,
nak jugak aku kasi kau ayat ni. dapat jugak aku pahala sebab sekolahkan kau kan?
sebelum ni ada jugak niat nak letak anak nama macam kau,
tapi since kenal kau, niat aku terus punah ranah..
lebih baik aku tukar pikiran aku dulu, sebelum aku ganyang ganyang anak aku nanti.
bila aku panggil nama dia je aku teringat kau,  hurggh..tak sanggup.!
hopefully, office baru nanti, boss okay. tak macam kau. phobia jugak aku. takut takut dapat boss perangai yang sama. haaaa! tak nak.!
sekarang doa banyak banyak je kat Allah supaya permudahkan urusan kerja di tempat baru nanti.  Amin!


Aug 14, 2011

nora elena vs kasih yang suci


  hye hye
entry ni aku nak dok share sikit citer pasal   
nora elena vs kasih yang suci.
em em.. dengan bangga nya disini aku nak bagitau korang
yang aku dah layan dua dua versi cerita ni.
drama nora elena dan novel kasih yang suci.
*budget good good.
itu pun ada jasa sis aku yang minat jugak dengan drama nora elena
seriously aku cakap, nora elena best
mungkin sebab citer lain sikit banding dengan drama drama melayu cliche
plus plus, seth tu aaron aziz, emmmm...
lagi syok lah aku layan.
handsome wei!
kalau layan citer nora elena 
citer ni lebih pendek. semua  tayang  scene scene penting je
tapi, kalau baca novel pulak, citer more details.
characters dalam drama pun tak sebanyak characters dalam novel.
contoh contoh, dalam drama elena ada sorang abang je
tapi novel, elena ada kakak jugak. 
kiranya, kalau korang yang mana layan drama nora elena je 
belum baca novel lagi, aku rasa tak rugi kalau korang nak layan dua dua
serious!