Dec 10, 2011

assalamualaikum~

haiii..lame bebenor teman tak mengupdate blog ni.hari ni tiba tiba rasa nak update sikit.apa gunanya ada blog tapi tak digunakan.betul tak? yee..betol.kita kena mengunakan benda yang ada dengan sebaik mungkin.kalau tak,objektif kegunaan sesuatu benda tu tak tercapai lah kan? its depends to us sama ada nak menggunakan sesuatu barang tu dgn cara yang positif atau negatif. yang penting objektif kegunaan sesuatu barang tu tercapai.

itu baru mukadimah je, sebenarnya nak citer benda lain.okay balik kepada topik asal. apa pandangan korang kalau perempuan ngorat laki? pelik tak aku tanya mcm ni? =D. sebenar benarnye...sebab aku terpengaruh sgt dgn citer korea. =D. al maklum dan yang sedia maklum yang aku ni since sekolah lagi dah giler citer korea, just time study kat PD kureng sikit layan drama korea sebab kat sane aku buat drama korea sendiri. hekhekhek =D.eh,mana adalah..tak buat benda jahat pun..nakal sikit je =P.

berbalik kepada citer korea.em...banyak drama korea yang aku tgk heroin start syok kat hero dulu. contoh mcm citer PRINCESS HOURS. Chae kyeong start syok kat shin. PLAYFUL KISS oh ha ni start tangkap cintan dengan baek sung jo. pastu MY GIRL joo yoo rin start jatuh hati kat gong chan, and ending of the story confirm happily ever after even though awal awal hero jual mahal. 3 watak hero dalam 3 drama korea ni smua ego tahap gaban.dah suka tapi tak nak mengaku saje nak menyeksa jiwa raga perempuan perempuan ni. tapi girl girl ni relax je. plus plus watak oh ha ni yang muka  lagi tebal dari tembok cina.dah banyak kali kena reject dimalukan depan org ramai, dia still nak try baek sung jo dan akhirnyaaa usaha dia berjaya jugak! dapat jugak dia kahwin dengan baek sung jo. bukan stakat kahwin je, baek sung jo siap sayang giler kat dia! itu salah satu contoh kalau kita berusaha insyallah kita akan dapat hasilnya.

dari pemerhatian aku, virus perempuan mengorat laki kat m'sia ni belum meluas lagi. em..kalau follow up dengan drama drama melayu pun, mesti start laki syok perempuan dulu. mungkin dah menjadi adat dan tatasusila org melayu supaya laki yang mula kan dulu.perempuan melayu takut sangat dengan peribahasa 'perigi cari timba'.hehe..pandailah aku cakap.aku pun takut jugak dgn peribahasa ni.seriusly cakap, tak terdaya aku nak buat mcm oh ha ni buat kat baek sung jo.haishh..kalaulah ada perempuan m'sia boleh buat mcm tu memang salute habis!tabiikkk springgg punyeee! =D

ada tak laki melayu macam laki korea?paham paham..soalan aku berbelit belit sikit.maksud aku, laki melayu tapi perwatakan macam hero korea. cool memanjang.time sombong belagak ego pun cool kacak bergaya jugak!ada tak mcm tu kat m'sia ni? act ada. aku pernah jumpa sorang.agak agak perangai macam laki korea yang belagak.tinggi pun lebih kurang laki korea.dalam ramai ramai yang aku kenal,sorang je aku jumpa.okaylah kan dari tak ada langsung.nama pun lelaki melayu.mcm mana pulak nak jadi lelaki korea kan?sebenarnye tgk drama korea ni buat aku rasa mcm hidup dalam dunia aku sendiri.haha!kelakar pun ada.kalau dah tgk drama yang layan habis, memang aku tergelak senyum sorang sorang layan drama tu. pastu mula lah addicted dengan character hero dalam drama tu.lagi, layan jugak OST drama korea.tak tau lah nak cakap, certain drama korea ni boleh buat orang rasa nak alami perkara yang sama macam jalan citer tu.seriuosly!tengoklah penangan drama korea. =|

paragraph ni nak citer benda out of topic sikit.tak de kena mengena dgn korea.tapi still pasal lelaki.biler tgk seorang lelaki still boleh berkawan dgn girl yang dah reject dorang banyak kali aku agak salute jugaklah.plus plus lelaki yang tak paksa girl tu terima dorang.even girl dah tolak dorang banyak kali tapi still maintain contact mcm member.mcm ni lah best! tak de touching touching.kena reject pun relax je. tak delah nak bawak diri,merajuk,tak nak contact.apa salah nye kalau still berkawan kan? apa dapat kalau merajuk? ada ke girl tu nak pujuk? emm..rasa tak kot. baik still jadi member,at least boleh jugak chat dgr suara kan?tapi susah kita nak paham perangai manusia ni.tak semua sama. perempuan pun lebih kurang sama je.act ikut cara masing masing.kalau hati dah terluka, tak do sape buleh bantu.so, kat sini nak cakaplah bahawa lelaki yang still boleh jadi member dgn girl yang dah reject korang tu teruskan lah cara korang tu.ada certain girl boleh terima cara pergaulan korang tu yang penting korang tak terlalu mendesak.perempuan memang tak suka di paksa lagi lagi kena paksa dengan lelaki yang tak ada apa apa relationship dengan dorang.syabas kepada korang yang peragai macm ni =).


ni aku nak share sikit gambar gambar dari drama korea yang aku dok membebel kat atas tadi. konon konon sebagai tirai penutup lah ni. arioss korang! ;)

princess hours    playful kiss    my girl



                                                                
                                                               sweet kan? aigoooo!@_@'






Aug 24, 2011

thanks to nur maizatul a.k.a mye

assalamualaikum! 
entry ni special utk mye dari sara
thanks sangat sebab sudi hantar kad raya
petang tadi, sara check mail box, then ada kad raya utk sara
terkejut jugak. sapelah yang hantar kad raya kat aku pulak ni..
ada jugak orang ingat nak hantar kad lagi..
bukak je, rupanya dari mye! :D
pastu terus sara teringat mye ada ambik address ktorang semua masa dalam kelas hari tu
bila tanya mye cakap nanti nak hantar kad raya :)
rasa terharu nih. yelah, sekarang mana ada lagi orang nak hantar kad raya kan
sara pun wish guna sms dgn fb je..lepas tu dapat kad raya rasa macam spesel lah sikit..hehe
so,sara balas kad raya mye dekat sini je ea?
nak pos pun, posmen nak cuti dah..=D
hopefully, mye suka!






 


 semoga kita akan sentiasa ingat antara satu sama lain. terima kasih :)

Aug 18, 2011

good bye Mr good good!

dah pukul 323 pagi dah ni. tapi mata aku tak nak pejam pejam jugak. ni semua salah instant coffee tongkat ali lah ni. gatal sangat pegi try, kan dah tak boleh tidur. nasib baiklah dah penganggur balik. tak kisah lah jugak kalau tidur lambat pun. haaa..citer pasal jadi penganggur balik ni
hehe..segan pun ada, tapi happy aku berganda ganda!
sebab dapat membebaskan diri dari company tuh!
aku rasa macam nak jerit je kat Mr.D
good bye
good bye
gooooodd bye!
seronok seh dah tak kerja kat situ. baru kerja beberapa minggu je, 
tapi aku rasa macam dah tenat giler
sumpah menyakit kan hati.
kalau boleh nak je aku bagi Mr.D tu baca wasiat Imam Syafiee ni
berkenaan etika m'beri nasihat 

"berikanlah aku nasihat dikala aku sdg sndiri, dan jgnlah nasihatiku tika aku di tengah kerumunan org. m'beri nasihat di tengah keramaian, sma ertinya ngan kehinaan.dan aku x sudi m'dgrnya. apbila engkau x sependapat dganku, dan aku tidak mahu patuhi nasihatmu, jgnlah marah." - sumber Ekin Amran
tak kisah lah kau non muslim ke apa ke,
nak jugak aku kasi kau ayat ni. dapat jugak aku pahala sebab sekolahkan kau kan?
sebelum ni ada jugak niat nak letak anak nama macam kau,
tapi since kenal kau, niat aku terus punah ranah..
lebih baik aku tukar pikiran aku dulu, sebelum aku ganyang ganyang anak aku nanti.
bila aku panggil nama dia je aku teringat kau,  hurggh..tak sanggup.!
hopefully, office baru nanti, boss okay. tak macam kau. phobia jugak aku. takut takut dapat boss perangai yang sama. haaaa! tak nak.!
sekarang doa banyak banyak je kat Allah supaya permudahkan urusan kerja di tempat baru nanti.  Amin!


Aug 14, 2011

nora elena vs kasih yang suci


  hye hye
entry ni aku nak dok share sikit citer pasal   
nora elena vs kasih yang suci.
em em.. dengan bangga nya disini aku nak bagitau korang
yang aku dah layan dua dua versi cerita ni.
drama nora elena dan novel kasih yang suci.
*budget good good.
itu pun ada jasa sis aku yang minat jugak dengan drama nora elena
seriously aku cakap, nora elena best
mungkin sebab citer lain sikit banding dengan drama drama melayu cliche
plus plus, seth tu aaron aziz, emmmm...
lagi syok lah aku layan.
handsome wei!
kalau layan citer nora elena 
citer ni lebih pendek. semua  tayang  scene scene penting je
tapi, kalau baca novel pulak, citer more details.
characters dalam drama pun tak sebanyak characters dalam novel.
contoh contoh, dalam drama elena ada sorang abang je
tapi novel, elena ada kakak jugak. 
kiranya, kalau korang yang mana layan drama nora elena je 
belum baca novel lagi, aku rasa tak rugi kalau korang nak layan dua dua
serious! 

Jul 26, 2011

spaghetti olio by fahmi aziz


hello hello...entry ni aku nak share sikit pasal  
 'spaghetti olia by Fahmi aziz !'
dadaaaaaaaaaaaaaaa!
ni lah hasil nyeee....
yummmmyyy kan??
tahuuu..tengok gambar pun dah meleleh air liur...
kan kan?
act, ni 1st time aku makan spaghetti olio
tak tahu sangat rasa sebenar macam mana.
tapi 1st time rasa
Spaghetti olio by Fahmi Aziz ni
Not bad! Yummmyyy ouhhh!
hari ni dgr cita nak masak
spaghetti meat ball pulak!
wallawehhh..
tak sabar nak rasa nih!
untunnnggg woiii ada abang ipar rajin macam ni. 
*dengan harapan dapat duit raya macam last year.$$.$$
kalau dapat lebih pun okaaaayyy jugak! $$$.$$*
mata aku pun dah nampak RM RM  je nih =P * dah serupa sis aku dah*
HAHAHA....
btw, thanks yooo abang fahmi. :)
now,
aku dah reti nak masak spaghetti olio!

:: layak tak masuk MASTERCHEF? -.-' ::

Jun 20, 2011

kenangan terindah 24/7

sejak menjak duduk rumah ni, hidup agak boring. bukan apa, sebab setiap hari buat benda yang sama. tido, makan, tengok tv, online. rasa lama betul masa berlalu. memanglah kan, dah duduk rumah. hari hari benda yang sama je, memanglah rasa macam tu. melihat orang lain macam ekin dan biera dah kerja macam best je kan. 
aku pun satu, hari tu dah dapat kerja gatal gatal berhenti. tapi aku ada sebab berhenti. bukan saja saja. baru first day kerja dah ada masalah datang. haisshh..nak pergi keja pun tak ada mood. memanglah orang cakap, kalau campur aduk kan hal peribadi dengan kerja bukan seorang yang professional. tapi time tu dengan kaki sakit hati bengkak memanglah tak do hati nak pegi, baik tidur kat rumah. lagi best. tambah tambah lagi memikir kan suasana kerja kat sana makin boring. tak macam dulu. ramai staf dah berhenti dan mostly staf baru. macam tak ngam pun ada. 
bila saja saja duduk, ada lah jugak teringatkan keseronokan life kat port dickson. teringatkan zaman zaman dengan ekin dan twins. since sem satu dah kenal dorang ni. ekin aku kenal sebab dia satu floor dengan aku. selalu lah tersempak dia kat toilet tgh basuh baju. kebetulan kita satu kelas pulak sebab tuh boleh jadi rapat sampai sekarang. kepala otak pun boleh ngam. Twins pulak kenal time polibriged. 1st time tgk twins dalam kelas, ada lah jugak cakap dalam hati "macam sombong je dorang ni." hehe. tapi bila dah kenal baru tahu sebenar nye dorang macam mana. rupanya boleh ngam jugak dengan aku. itulah orang kata dont jugde a book by its cover. lepas kenal twins je, selalu lepak bilik dorang. tido kat sana pun ada. bila nak final, angkut semua buku bantal pergi bilik twins. kesian jugak roomate aku time tuh, tapi nasib baik ada member dia temankan. kalau tak, tak sampai hati jugak aku nak tinggal dia sorang sorang.
lepas tu, alhamdulillah kita semua dapat result final okay. semua tak repeat. senang hati! kita semua plan nak duduk rumah sewa sama-sama. time tu dah confirm cuma 4 orang je. kita terpaksa cari lagi 3 4 orang je lagi. Alhamdulillah jugak dapat lah mereka mereka itu. kita semua duduk satu rumah 8 orang dan semua satu kelas. bila PA confirmkan alamat kita semua dia pun gelak sebab student kelas tu paling ramai duduk satu rumah yang sama. masa sem dua pun best jugak. bayangkan 8 orang duduk satu rumah, mana lah tak meriahkan. menyanyi nyanyilah, nari nari, gelak gelak, gaduh gaduh. bila teringat balik memang senyum sorang sorang macam orang sewel. tapi tu memang kenyataan hidup. time ni, kita semua suka makan kat gerai lorong 5. pertama sebab paling dekat. sebelah rumah ktorg je kot. lepas tu aku suka makan sup daging kat situ. sedap! lagipun time tu nak makan jauh jauh tak ada transport kan. so, pergi kat tempat yang mampu menggunakan kaki je lah.
sem 3 kita semua praktikal. jadi semua balik kampung rumah masing masing. aku dan ekin balik kl, twins balik seremban. masa ni kita semua terpisah kejap. 5 bulan. tapi still keep in touch. aku dan ekin ada jugak keluar tgk movie. ingat lagi tengok citer cuti cuti cinta. cuma time ni, tak jumpa twins je...tapi fb jadi tempat kita semua lepas rindu.
final sem. sem ni memang seronok. kita 4 orang still satu rumah lagi. tapi dengan 2 housemate dari course lain dan rumah pun lain. kali ni duduk lorong 4 pulak. yang 4 orang lagi duduk hostel dan stay kat rumah lama. waktu sem 2 yang tak reti keluar rumah, sem ni memang kerap keluar rumah. baru duduk seminggu je dah merayap tengah malam pegi lepak tepi pantai. satu rumah. konon nak ambik angin malam. lepas tu, since kiera rapat dengan am, dia kerap datang pd. setiap minggu mesti dia datang kalau tak ada pape hal. biera ekin dengan aku lah tukang penemanye. ktorng ni package, nak dating dengan sorang kena bawak tiga lagi. nasib lahkan. 1st time teman kiera dating kat funfair. haha. time tulah start kenal dengan am ijat mail ijat ibrahim. gila masuk air dorang ni. malam tu, dorang naik top gun, yang tak boleh blah jerit mengalahkan perempuan yang duduk belakang dorang. haha. bila turun, jalan pun dah tak betul. pegang pegang kepala. pening! lepas tu ktorg masuk rumah hantu. pergh..rumah hantu macam haram. bazir duit je masuk. aku nasihatkan korang, kalau pegi funfair jangan masuk rumah hantu. gila macam apa apa ntah. serius membazir duit. . tapi tu pun plan aku dgn ekin. konon konon nak adventure sikit. aleh aleh membazir je. sem ni kita semua dah pandai makan kat kedai jauh dari rumah. dah ada transport. kebetulan housemate bawak keta dapat lah tumpang sekaki kan. feveret mayang suri. tomyam terbaik. twins pegi sana menu kuew teow bandung. ekin menu dia tukar tukar. ikut tekak rasa nak makan apa. aku mestilah tomyam. lepas tu, kita semua celebrate new year kat melaka. gila best! overnight kat sana dgn akbar, alfid dan mierul. sem ni dua kali aku overnight kat melaka. hehe. buat kerja gila. 1st new year tu lah, yang 2nd tak rancang pun tetiba wan datang rumah ajak pegi lawat am kat sana. kita semua bincang bincang then setuju. padahal esok ktorg ada trip kat parlimen. tapi boleh buat decision giler overnight kat melaka. dah tu, pagi esok mata bengkak, terkocoh kocoh siap. em, dalam bas memang lena habis. tapi serius seronok bila teringat balik. okay, tetiba ada muncul nama wan pulak kan, dia ni housemate ijat mail. kita semua kenal dia masa ktorg overnite kat batu 4 pastu main truth or dare. since tu lah rapat dengan dia. kebetulan sem 4 ni dengan banyak memories umur kita semua pun dah 20. masa birthday 20, kita semua celebrate kat tepi pantai. batu 4 lah. kira batu 4 ni memang port lepak ktorg lah. overnight lagi. lepas tu ada org sponsored secret recipe. thanks lah korang. time tu pun birthday aku dengan twins selang seari je. alang-alang celebrate sekali je. jadi, malam tu ktorg makan 2 biji kek. dekat final, ktorg buat bbq kat bagan penang. time ni meriah jugak. pagi pagi dah keluar pegi beli ayam. pastu ktorg yang perempuan ni basuh semua ayam tu dan perap dengan sos bbq. recipe budak laki yang kasi. ktorg cuma ikut saja. kira semua berjalan dengan lancar lah. 

memang seronok study kat pd. sebab tu sekarang aku decide nak sambung belajar lagi. hopefully aku boleh dapat rasa kenikmatan keseronokan macam kat pd lagi. aku nak rasa lagi suasana dalam kelas. kenangan dalam kelas. bila presentation je, mesti suara aku bertukar. jadi lebih sexy. haha. ekin dengan twins je tau macam mana. ye lah. nervous! nak buat macam mana kan? aku rindu zaman tido satu bilik dengan ekin dan twins, masak sama sama, gaduh gaduh manja, karaoke. hisshh..memang seronok lah disamping berlaku sweet sweet moments jugak kan. nanti ada anak (pikir jauh ni) aku nak bawak dorang pegi pd, pastu nak tunjuk dan citer semua tempat dan kenangan aku dengan member member aku kat sana.