Sep 17, 2009

TULANG RUSUK WANITA LEBIH SATU DRP LELAKI


Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pernah terjadi peristiwa di mana seorang lelaki bernikah dengan seorang khunsa. Tidak lama selepas bernikah, khunsa tadi menunjukkan tanda-tanda hamil. Untuk itu suaminya menghadiahkan seorang hamba perempuan untuk melayaninya. Dengan takdir Allah, sifat kelelakian khunsa ini timbul hingga dia melakukan hubungan seks dengan hamba perempuan tadi, menyebabkan hamba itu hamil.

Peristiwa ini sampai ke pengetahuan Khalifah Ali dan menimbulkan permasalahan dalam masyarakat Islam ketika itu. Khalifah Ali dan sahabat mula bermesyuarat untuk menentukan jantina khunsa itu. Jika dia wanita, mengapa boleh hamil? Jika lelaki, mengapa dia boleh menghamilkan hambanya?

Khalifah Ali yang arif lagi bijaksana cuba menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan kaedah ilmiah. Khalifah berpendapat bahawa salah satu perbezaan antara lelaki dan wanita adalah jumlah tulang rusuknya. Selepas menghitung jumlah rusuk khunsa tadi, Ali mendapati salah satu bahagian tulang itu adalah ganjil. Ini bermakna khunsa itu seorang lelaki sebab tulang rusuk lelaki kurang satu berbanding wanita. Kerana khunsa itu seorang lelaki maka Khalifah meminta suaminya untuk menceraikannya.


No comments: